BlueGlobe International
My status

Translation Services

Translation Services

Career With BlueGlobe

Banner
Banner
Banner

SAIC

"SAIC is a FORTUNE 500® scientific, engineering, and technology applications company that uses its deep domain knowledge to solve problems of vital importance to the nation and the world, in national security, energy and the environment, critical infrastructure, and health. BlueGlobe International LLC consistently provides language services on a global scale which meet the strict vendor standards required by SAIC."


Fulbright

"BlueGlobe cares .. our expectations were exceeded with accuracy and promptness. A long term relationship will benefit our firm and yours."


Crowell-moring

"Thanks again for extra-ordrinary services."


AAAS

"Friendly staff combined with unusual promptness and services will see our association always requesting BlueGlobe."

* For Translation - click flag

Malay Translation Services

US Flag

BlueGlobe International – menawarkan penterjemah Melayu yang berkelayakan

Para penterjemah Melayu profesional kami menyediakan khidmat terjemahan berdasarkan pengetahuan yang menyeluruh tentang sumber bahasa, bahasa sasaran dan bahan perkara. Dengan mengambil khidmat penterjemah Melayu yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman, BlueGlobe boleh menterjemah apa saja jenis atau saiz projek, termasuk: lelaman web, emel, surat, majalah, dokumen guaman, jurnal perubatan, manual teknikal, buku, resipi, menu, dll, malahan tatu sekalipun! Hasilnya, kami menterjemahkan projek dari bidang yang luas: guaman, kewangan, perubatan, teknikal, pemasaran dll. Dengan mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan salah terjemahan, BlueGlobe menjamin para pelanggan bahawa segala bahan yang dihantar akan hanya diterjemahkan oleh seorang penterjemah Melayu watan. Penterjemah yang ditugaskan dengan projek tersebut mesti mempunyai pengalaman yang terbukti dan pengetahuan khusus dalam bidang projek pelanggan itu. Di samping memahami perkara-perkara asas, mereka juga memahami “kesukaran bahasa” yang tersirat yang diperlukan dalam mencapai sebuah terjemahan yang sempurna.

Mengapa BlueGlobe International?

Kerana kami sangat berbangga dengan kerja kami dan mengambil berat tentang hasilnya! Sebagai sebuah syarikat yang mendahului pasaran antarabangsa dalam perkhidmatan bahasa (penterjemahan, pentafsiran, penulisan iklan, penyetempatan, dll, kami berupaya menawarkan perkhidmatan berskala global kepada individu dan juga perniagaan. Untuk menyampaikan terjemahan yang 100% tepat kepada pelanggan-pelanggan kami, satu siri pemeriksaan mutu diadakan pada setiap tahap terjemahan. Ketenangan minda anda penting bagi BlueGlobe dan seperti yang dijanjikan, anda akan menerima mutu yang dituntut dan dijangkakan.

  • Ratusan Bahasa Utama seluruh dunia
  • Semua Pengkhususan
  • Kadar Bayaran yang Paling Kompetitif
  • Perkhidmatan-perkhidmatan Bermutu
  • Penjagaan Pelanggan Peringkat Tertinggi
  • Syarikat terjemahan yang paling pesat membangun di dunia
  • Ratusan Penyedia Khidmat Bahasa yang terbukti
  • Konsep Berpasukan dari Permulaan hingga Pelengkapan
  • Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Program Jaminan Mutu 10-langkah Kami

Dengan mengikuti program jaminan mutu langkah demi langkah kami memastikan mutu cemerlang bagi semua projek terjemahan Melayu.

  • Setiap projek terjemahan Melayu akan dianalisa oleh seorang pengurus projek yang cekap
  • Sebuah pelan terjemahan terperinci akan dirumuskan oleh pengurus projek tersebut
  • Projek terjemahan akan diberikan kepada seorang penterjemah professional
  • Satu pangkalan data peristilahan akan dicipta khusus untuk projek itu
  • Satu alat CAT akan dirancangkan untuk projek tersebut
  • Projek itu akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
  • Pemeriksaan Jaminan Mutu sentiasa diadakan
  • Terjemahan akan diletakkan dalam bentuk format (DTP) yang diminta
  • Keseluruhan terjemahan akan dibaca pruf untuk kali kedua oleh seorang penutur watan
  • Semakan Akhir oleh penterjemah dan pengurus projek – penyampaian kepada pelanggan

Rangkaian global penterjemah berkelayakan, berkemahiran dan profesional kami menjamin keupayaan BlueGlobe untuk menawarkan perkhidmatan yang pantas walaupun projek besar yang mempunyai tarikh akhir yang ketat. Tanpa mengira bahasa sumber kepada bahasa sasaran yang diperlukan (Melayu ke Inggeris (US), Inggeris (US) ke Melayu), atau apa pun gabungan bahasa (Hungary-Ukraine, Hebrew-Greek, dll) ketepatan dan mutu projek terjemahan anda dijamin di BlueGlobe International.

Kadar bayaran terjemahan – Bahasa Melayu

Beberapa fakta (kekhususan teks, tarikh akhir yang diminta, jumlah perkataan projek, format dokumen dll) menjejas harga sebuah projek terjemahan. Untuk mendapatkan sebut harga yang tepat, hanya klik ‘Minta Sebut Harga’ dan lengkapkan borang online. Fail dokumen perkara boleh diemel seperti berikut, memberi maklumat perlu dan dokumentasi yang diperlukan untuk mendapatkan satu sebut harga yang tepat, tanpa kos tersembunyi tambahan. Blue Globe International sentiasa bersedia untuk melayan pelanggan kami, 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Kakitangan kami yang peramah akan melakukan segala yang perlu untuk membantu anda dengan projek anda.

Operator Telefon Bahasa
Inggeris
+1.541.330.0450 (USA)

Meja bantuan emel kami (24/7) ditawarkan dalam bahasa:
Inggeris - Rusia - Sepanyol - Cina - Perancis - Jepun
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Privasi & Perkhidmatan

Privasi pelanggan kami adalah sangat penting kepada BlueGlobe International. Kami memberi jaminan semua dokumen, projek, emel, surat, dokumentasi dll akan dipelihara di bawah garis pandu privasi kami yang ketat. Sasaran berterusan kami ialah memastikan setiap pelanggan kami merasa selesa dan yakin dengan perkhidmatan kami, harap lawati lelaman web kami dan semak Dasar Privasi kami. Lelaman ini akan memberitahu pelanggan tentang jenis maklumat yang kami kumpulkan, bagaimana ia dilindungi dan semua pilihan pelanggan kami tentang bagaimana maklumat ini digunakan. Kami menggesa anda supaya memuat turun Dasar Privasi kami untuk memahami sepenuhnya komitmen kami terhadap perkhidmatan dan privasi. Tentu sekali kami menghargai maklum balas dan penyertaan anda! Dengan mengekalkan tahap integriti dan komitment yang tiada tolok bandingnya terhadap perkhidmatan, Blue Globe International telah berjaya membina para pelanggan yang mempunyai kepercayaan penuh dengan kami mengenai projek dan maklumat peribadi mereka. Sebagai pelanggan berulang, mereka merupakan aset utama kami.

Diterjemahkan oleh Norizah Rosni

Contact Us Mencari Kerjaya?

Adakah anda seorang profesional berbakat yang berkemahiran dalam perkhidmatan bahasa? Jika demikian kami mengundang anda untuk melengkapkan borang permohonan online di lelaman web ini! Ia percuma, mudah dan mengambil hanya 5-7 minit masa anda.

Contact Us Pembaca Pruf Profesional!

Berkelayakan dan berpengalaman sebagai pembaca pruf? Berpendidikan atau terlatih dalam bidang tertentu? Sertai pasukan kami yang terdiri dari penutur watan yang meminati kerja menarik mereka!

Contact Us Kepakaran

Di Blue Globe International, yang kedua terbaik tidak diterima. Mutu tinggi adalah piawai normal kami. Pelanggan kami adalah pelanggan berulang kerana bidang kepakaran kami yang luas.

Contact Us Hubungi kami

Syarikat di serata dunia yakin kepada kami -
... dan anda juga akan begitu

Telefon:
+1.541.330.0450
+55.21.2262.1793
+91.172.2561020
telefon khidmat :
+1.541.213.8526
+55.21.2262.1793
+91.981.4535577
Fax (AS-Aregntina-India) :
+1.541.330.0451
+55.21.2262.1793
+91.172.2561020

www.blueglobetranslations.com

Perkhidmatan terjemahan -
... dalam ratusan bahasa

Arab Yahudi
Cina Itali
Belanda Jepun
Inggeris Latin
Perancis Portugis
Jerman Rusia
Yunani Sepanyol
Semua Bahasa

Professional Translation Services Company

Request a Quote

 

feed-image Feed Entries

Get your FREE QUOTE now or call us directly at 1.541.330.0450 or 541.213.8526 (USA)


Warning: session_write_close() [function.session-write-close]: write failed: Disk quota exceeded (122) in /home/blueglob/public_html/libraries/joomla/session/session.php on line 556

Warning: session_write_close() [function.session-write-close]: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/tmp) in /home/blueglob/public_html/libraries/joomla/session/session.php on line 556